Skip to main content

Dunia

Dewan Rakyat Malaysia lulus Belanjawan 2027

Dewan Rakyat pada Khamis (26 Nov) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027, selepas dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Anwar Ibrahim pada 9 Oktober lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Rakyat Malaysia lulus Belanjawan 2027

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 pada 26 November 2026. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 26 Nov 2026 11:41PM
Malaysia’s Dewan Rakyat passes 2027 Budget
  • The Dewan Rakyat passed the 2027 Budget on Thursday, 26 November, by voice vote after its third reading by Second Finance Minister Amir Hamzah Azizan.
  • The Bill was tabled by Prime Minister and Finance Minister Anwar Ibrahim on 9 October, and its passage was announced by Deputy Speaker of the Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor in Kuala Lumpur.
  • The MADANI Government’s fifth Budget, themed “Reaching for the Sky, Rooted in the Earth”, sets out eight principles to raise living standards, strengthen national resilience and secure a better future.
  • The total allocation of RM510 billion comprises RM459.8 billion in government allocations, RM25 billion in GLIC investments, RM11 billion in public-private investments, and RM14.2 billion from statutory bodies and companies owned by the Minister for Finance; expansionary fiscal policy will continue, and the sitting will resume on Monday.
Dijana oleh AI

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis (26 Nov) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027, selepas dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Anwar Ibrahim pada 9 Oktober lalu.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan menerusi undian suara, dengan majoriti menyatakan persetujuan mereka.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor mengumumkan kelulusan tersebut selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan. 

Bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, Belanjawan 2027 menggariskan lapan lunas utama yang memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkukuh daya tahan negara dan menjamin masa depan yang lebih baik.

Belanjawan kelima di bawah Kerajaan MADANI itu melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah RM459.8 bilion (S$144.10 bilion).

Ia turut merangkumi pelaburan sebanyak RM25 bilion (S$7.83 bilion) daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta pelaburan awam-swasta bernilai RM11 bilion (S$3.45 bilion).

Selain itu, pelaburan daripada Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) berjumlah RM14.2 bilion (S$4.45 bilion) turut dirangkumi di bawah Belanjawan tersebut.

Secara keseluruhan, Belanjawan 2027 berjumlah RM510 bilion (S$159.83 bilion) itu sekali gus meneruskan dasar fiskal mengembang kerajaan Malaysia.

Persidangan bersambung pada Isnin.

Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita