Dewan Perwakilan AS ditangguh buat hari ketiga; buntu pilih Speaker Dewan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Win McNamee/Getty Images/AFP
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) mengundi pada petang Khamis (5 Jan) untuk penangguhan selepas pengundian hari ketiga berturut-turut sekali lagi buntu untuk memilih Speaker baru.
Pemimpin Republican Kevin McCarthy gagal buat kali ke-11 dalam usahanya untuk menjadi Speaker Dewan Perwakilan apabila hanya memperoleh sokongan 200 ahli Republican.
Pusingan ke-12 untuk memilih Speakar akan bermula pada tengah hari Jumaat waktu AS, lapor Agensi Anadolu.
Ahli perwakilan Hakeem Jeffries terus mendapat sokongan daripada kesemua 212 ahli Democrat dewan itu berbeza dengan lawannya.
Bidaan Encik McCarthy untuk mendapatkan jawatan itu terus ditolak oleh kumpulan penentang utama dalam partinya walaupun memperoleh sokongan mantan Presiden Donald Trump.
Keputusan rakan Republican yang membantah pemilihan beliau dibuat selepas beberapa laporan media mencadangkan Encik McCarthy akur kepada beberapa tuntutan mereka yang sebelum ini ditolaknya, termasuk peraturan baru yang membenarkan seorang ahli Dewan memaksa mengundi untuk memecat speaker.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.