Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Perwakilan AS benarkan undian proksi semasa pandemik COVID-19

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengambil langkah bersejarah pada Jumaat (15 Mei) untuk membenarkan para penggubal undang-undangnya, yang sedang menjalani kuarantin atau terjejas oleh pandemik COVID-19 melantik wakil untuk mengundi bagi pihaknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Perwakilan AS benarkan undian proksi semasa pandemik COVID-19

Bangunan Pejabat Dewan Longworth di Capitol Hill pada 14 Mei 2020 di Washington, DC. (Gambar: Getty Images/Chip Somodevilla/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 16 May 2020 10:10AM Dikemas Kini : 16 May 2020 10:13AM

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengambil langkah bersejarah pada Jumaat (15 Mei) untuk membenarkan para penggubal undang-undangnya, yang sedang menjalani kuarantin atau terjejas oleh pandemik COVID-19 melantik wakil untuk mengundi bagi pihaknya.

Langkah itu merubah duluan lebih 200 tahun Kongres di mana pengundian sedemikian dibenarkan sebelum ini dalam kalangan jawatankuasa tetapi bukan bagi undian dalam Dewan Perwakilan atau Senat.

Langkah Demokratik itu, yang diluluskan dengan 217 undi menyokong berbanding 189 yang membantah, bertujuan untuk membenarkan Kongres terus bekerja sambil membantu mengawal penularan wabak yang sudah meragut 87,000 nyawa di Amerika.

Anggota Demokrat dalam dewan tersebut, Jim McGovern berkata dengan memaksa penggubal undang-undang berulang kali melakukan penerbangan antara negeri mereka dengan Washington dan menghadirinya semasa tempoh darurat seperti ini akan membahayakan nyawa rakan sekerja, kakitangan serta orang awam.

Peraturan baru itu akan dikuatkuasakan hanya sepanjang tempoh krisis virus korona.

Para anggota Republican bagaimanapun menyelar tindakan itu sebagai serangan terhadap pemerintah perwakilan yang akan mengubah ciri-ciri asas Kongres.

Lebih sepertiga daripada 430 anggota Dewan berusia 65 tahun dan ke atas yang sekali gus meletakkan mereka dalam risiko tinggi dijangkiti COVID-19.

Huraian itu membolehkan para anggota yang tidak dapat hadir untuk melantik seorang wakil bagi pihaknya, dengan syarat rakan sekerja itu mengundi mengikut arahan yang sudah diberikan kepadanya.

Ia juga membenarkan kerja-kerja bagi pelbagai jawatankuasa dilakukan secara online.
 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan