Skip to main content

Dunia

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat boleh undi untuk dakwa ketua Pentagon seawal minggu depan

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat boleh undi untuk dakwa ketua Pentagon seawal minggu depan

Setiausaha Perang Pete Hegseth dengan Presiden Donald Trump semasa kempen pilihan raya. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 10:45PM Dikemas Kini : 05 Nov 2026 10:46PM
US House of Representatives could vote to impeach Pentagon chief as early as next week
  • Republican House of Representatives member Thomas Massie plans to propose a motion to impeach War Secretary Pete Hegseth when Congress reconvenes next week.
  • Several Republican sources expect the motion to pass, although the House could hold the vote as early as next week.
  • On Wednesday, Nov 5, President Donald Trump said he had no plans to replace Hegseth and praised his performance, although reports said Trump had discussed Hegseth’s position with advisers.
  • The discussions followed a heavy Republican defeat in the midterm elections; some members blamed Hegseth for pushing for a war against Iran that did not achieve the desired results.
Dijana oleh AI

MOSKO: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat boleh mengadakan undian mengenai pendakwaan terhadap Setiausaha Perang Pete Hegseth seawal minggu depan, lapor CNN, menukil sumber daripada Parti Republikan.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Rabu (5 Nov), beliau tidak mempertimbangkan untuk menggantikan Encik Hegseth malah memujinya kerana telah menjalankan tugas dengan "sangat baik".

CBS News melaporkan bahawa Encik Trump telah berbincang dengan para penasihatnya sama ada Hegseth wajar dikekalkan, susulan kekalahan teruk Parti Republikan dalam pilihan raya Kongres pertengahan penggal.

Anggota Dewan Perwakilan daripada Parti Republikan bagi wilayah Kentucky, Thomas Massie, memberitahu CNN, beliau merancang untuk mengusulkan undian bagi pendakwaan terhadap Hegseth sebaik sahaja Kongres bersidang semula minggu depan.

Beberapa sumber dalam Parti Republikan memberitahu saluran berita tersebut bahawa mereka menjangkakan usul itu akan diluluskan.

Segelintir ahli Parti Republikan mendakwa Encik Hegseth telah memujuk Encik Trump agar melancarkan perang terhadap Iran, walaupun siri serangan tersebut tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.
 

Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita