Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Perwakilan Amerika sekat ICC berkaitan waran tangkap pemimpin Israel

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Perwakilan Amerika sekat ICC berkaitan waran tangkap pemimpin Israel

(Gambar: AFP/CHIP SOMODEVILLA)

Diterbitkan : 11 Jan 2025 10:33AM Dikemas Kini : 11 Jan 2025 12:00PM
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis (9 Jan) mengundi untuk menyekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai tindak balas kepada waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan mantan Menteri Pertahanan Yoav Gallant berkaitan kempen Israel di Gaza.
Undian mendapat 243 sokongan berbanding 140 yang tidak menyokong "Akta Tindak Balas Mahkamah Tidak Sah", di mana warga asing yang menyiasat, menangkap, menahan atau mendakwa warga Amerika atau negara bersekutu, termasuk Israel, akan disekat.

Seramai 45 anggota Democrat bersama 189 anggota Republican menyokong rang undang-undang tersebut.

Tiada anggota Republican yang menentang rang undang-undang itu.

Undian Dewan tersebut, yang pertama sejak Kongres baharu diisytiharkan minggu lalu, mendapat sokongan ramai di antara anggota Republican bakal presiden Donald Trump untuk pemerintah Israel.
Pentadbiran pertama Encik Trump mengenakan sekatan ke atas ICC pada 2020, sebagai tindak balas terhadap siasatan jenayah perang di Afghanistan, termasuk dakwaan penyeksaan oleh warga Amerika.

Sekatan tersebut ditarik balik oleh pentadbiran Presiden Joe Biden, walaupun Setiausaha Negara Antony Blinken pada Mei tahun lalu berkata bahawa ia bersedia bekerjasama dengan Kongres untuk mengenakan sekatan baharu ke atas ICC, atas permintaan pendakwa mendapatkan waran tangkap bagi pemimpin Israel.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan