Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Perwakilan abaikan usulan Trump; tamatkan kelumpuhan pemerintah federal

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang kini dikuasai parti Democrat, meluluskan rang undang-undang untuk menamatkan kelumpuhan sebahagian operasi pemerintah federal kerana tiada biaya sejak dua minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Perwakilan abaikan usulan Trump; tamatkan kelumpuhan pemerintah federal

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. (Gambar fail: Nicholas Kamm/AFP)

Diterbitkan : 04 Jan 2019 08:18PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 08:20PM

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang kini dikuasai parti Democrat, meluluskan rang undang-undang untuk menamatkan kelumpuhan sebahagian operasi pemerintah federal kerana tiada biaya sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun keadaan buntu sekarang dijangka berterusan kerana belum ada tolak ansur antara para anggota Kongres Democrat dengan Presiden Donald Trump.

Rang undang-undang yang diluluskan Dewan Perwakilan mengandungi peruntukan perbelanjaan bagi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk tempoh sebulan ini dan agensi-agensi federal lain sehingga akhir September.

Namun ia tidak mengandungi peruntukan dana yang diminta Presiden Trump untuk projek tembok di sempadan Amerika-Mexico.

Rang itu akan diserahkan kepada Dewan Senat untuk mendapatkan kelulusannya.

Bagaimanapun Senat yang masih dikuasai para Senator dari parti Republican menyatakan ia mungkin tidak mengadakan pengundian terhadap rang tersebut.

Presiden Trump pula menegaskan akan menolak rang itu jika dana untuk bina tembok sempadan tidak disertakan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan