Skip to main content

Dunia

Dewan Negara: wang kertas M'sia bebas unsur lemak khinzir

Wang kertas Malaysia bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak khinzir, kata Timbalan Menteri Kewangan Encik Amiruddin Hamzah.

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Negara: wang kertas M'sia bebas unsur lemak khinzir

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 18 Dec 2019 11:03PM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 11:05PM

KUALA LUMPUR: Wang kertas Malaysia bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak khinzir, kata Timbalan Menteri Kewangan Encik Amiruddin Hamzah.

“Wang RM1 (S$0.33) dan RM5(S$1.64) ini guna polimer sebab ia lebih tahan empat kali ganda berbanding wang kertas biasa. Wang kertas tidak mengandungi mana-mana unsur lemak khinzir seperti yang didakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Senator Sabani Mat pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Mata Wang 2019 di Dewan Negara pada Rabu (18 Dis).

Jelasnya, Bank Negara Malaysia (BNM) sudah mendapat laporan terperinci daripada makmal bebas yang mengesahkan tiada sebarang unsur lemak haiwan dalam wang polimer.

Encik Amiruddin berkata perkara tersebut juga sudah dirujuk kepada Majlis Penasihat Syariah BNM yang bersetuju dengan penilaian bahawa wang polimer bebas daripada unsur lemak haiwan dan boleh digunakan tanpa was-was.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita