Dewan Muda Johor usul laluan khas buat pejalan kaki ulang-alik Johor-Woodlands
Dewan Muda Johor (DMJ), sebuah platform orang muda menyuarakan idea, mencadangkan agar kerajaan negeri membina laluan pejalan kaki bawah tanah dari Tambak Johor ke Woodlands, Singapura.
JOHOR BAHRU: Dewan Muda Johor (DMJ), sebuah platform orang muda menyuarakan idea, mencadangkan agar kerajaan negeri membina laluan pejalan kaki bawah tanah dari Tambak Johor ke Woodlands, Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Kesihatan Prasarana dan Alam Sekitar DMJ, Pervinder Singh Jagdav Singh berkata ia penting bagi memastikan keselamatan pejalan kaki terutama rakyat Johor yang bekerja di republik berkenaan.
Beliau menambah, pembinaan laluan pejalan kaki bawah tanah itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan dan pergerakan kenderaan ke Singapura memandangkan sebanyak 200,000 penduduk Malaysia berulang-alik dari Malaysia ke Singapura setiap hari untuk bekerja.
"Kami yakin cadangan ini dapat menggalakkan dan memudahkan lagi rakyat dan pelancong untuk berjalan kaki dan memandu e-skuter merentasi tambak sekali gus mengurangkan lagi kesesakan," kata Encik Pervinder Singh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.