Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan AS luluskan usul singkir Trump

Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat meluluskan satu ketetapan mendesak Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence supaya menggunakan seksyen empat Perkara 25 Perlembagaan, untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana pembabitannya dalam rusuhan di bangunan Capitol. 

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan AS luluskan usul singkir Trump

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 06:37PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 06:39PM

WASHINGTON: Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat meluluskan satu ketetapan mendesak Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence supaya menggunakan seksyen empat Perkara 25 Perlembagaan, untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana pembabitannya dalam rusuhan di bangunan Capitol.

Ini meskipun naib presiden itu sudahpun memberi amaran bahawa langkah itu akan menjadi duluan terburuk, lapor Agensi Berita Sputnik.

Dewan Senat pada Selasa meluluskan usul itu dengan 220 berbalas 205 undi. Resolusi itu meminta Encik Pence memangku jawatan presiden selepas Encik Trump didapati "gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya."

Encik Pence, dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Nancy Pelosi menjelang undian itu, menyatakan langkah itu akan menjadi duluan terburuk dan boleh memecah-belahkan negara. Susulan itu, Dewan pada Rabu memutuskan meneruskan usul mendakwa. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan