Dewan AS luluskan rang undang-undang had pinjaman
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP/J. Scott Applewhite
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah meluluskan rang undang-undang untuk menggantung had pinjaman AS$31.4 trilion (S$42.4 trilion).
Langkah itu diambil hanya beberapa hari sebelum tarikh akhir pada Isnin (5 Jun).
Tetapi ada pengkritik yang mengatakan bahawa rang undang-undang itu tidak dapat menangani defisit AS yang semakin meningkat.
Rang undang-undang itu kini dibawa ke Dewan Senat untuk dibahaskan dan diundi sebelum Presiden Joe Biden boleh menandatanganinya.
Kedua-dua pemimpin Democrat dan Republican menyambut baik keputusan itu.
Presiden Biden memuji keputusan itu sebagai langkah kritikal untuk mencegah keadaan yang lebih teruk.
Presiden Biden perlu menandatangani rang undang-undang tersebut
sebelum 5 Jun ini.
Jabatan Perbendaharaan percaya, jika tidak, pentadbiran Presiden Biden akan kehabisan wang untuk memenuhi kewajipannya.

Sumber : AGENCIES/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.