Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Kongres AS dedah rekod cukai Donald Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan Kongres AS dedah rekod cukai Donald Trump

(Gambar fail: Brandon Bell/Getty Images via AFP)

WASHINGTON: Para anggota parti Democrat dalam Dewan Kongres Amerika Syarikat telah mendedahkan rekod cukai mantan Presiden Donald Trump bagi tempoh enam tahun dari 2015 hingga 2020.

Tempoh itu termasuk semasa Encik Trump menjadi Presiden.

Parti Democrat melakukan tindakan itu, hanya beberapa hari sebelum parti Republican Encik Trump mengambil alih kuasa di Dewan Perwakilan.

Rekod 6,000 muka surat itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap program audit presiden. Ia termasuk borang cukai peribadi Encik Trump serta isteri dan perniagaannya.

Ia, antara lain, mendedahkan cara yang dilakukan Encik Trump bagi mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayarnya meskipun melaporkan pendapatan berjumlah jutaan dolar.

Rekod menunjukkan bahawa hartawan berusia 76 tahun itu mendakwa mengalami defisit tahunan yang besar.

Mantan Presiden itu membayar cukai persekutuan sebanyak AS$1.1 juta (S$1.47 juta) pada 2018 dan 2019, dua tahun pertengahan tempoh jawatan presidennya, selepas memperoleh sekitar AS$30 juta (S$40.22 juta) hasil penjualan aset.

Akhbar The New York Times pada 2020 mendakwa bahawa Encik Trump tidak membayar cukai pendapatan dalam 10 daripada 15 tahun sebelumnya selepas melaporkan kerugian besar.
Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan