Dewan Kongres Amerika tuntut laporan lengkap campur tangan Rusia dalam pilihan raya
Jawatankuasa Kehakiman Dewan Kongres Amerika mengeluarkan sapina yang menuntut laporan lengkap berhubung dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden 2016.
WASHINGTON: Jawatankuasa Kehakiman Dewan Kongres Amerika mengeluarkan sapina yang menuntut laporan lengkap berhubung dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden 2016.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Jerrold Nadler menggesa agar peguam khas Robert Mueller membentangkan laporan penuh siasatan ke atas dakwaan campur tangan itu.
Encik Nadler menambah pihaknya tidak boleh menerima versi laporan yang sudah disunting.
Para peguam Presiden Donald Trump berhujah laporan Mueller itu sudah melepaskan Encik Trump sepenuhnya daripada tuduhan tersebut.
Laporan 448 muka surat itu adalah hasil siasatan selama 22 bulan oleh Encik Mueller berhubung dakwaan campur tangan Rusia dalam kempen Trump semasa pilihan presiden 2016.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.