Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan bandaraya KL baiki sementara dinding flat tercabut akibat ribut petir

Anggaran Waktu Membaca:
Dewan bandaraya KL baiki sementara dinding flat tercabut akibat ribut petir

(Gambar: Petiian skrin video TikTok/awc_brothers)

KUALA LUMPUR: Dinding sebuah rumah di Flat Perumahan Awam Loke Yew tercabut susulan hujan lebat berserta ribut yang berlaku di sekitar ibu kota Malaysia, pada Jumaat (19 Mei) malam, lapor Astro Awani.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihaknya telah menutup kawasan runtuhan dinding berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Dinding sementara telah dipasang di rumah terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih dinding dilaksanakan dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu (20 Mei).
Selain itu, DBKL berkata, kejadian ribut itu juga turut menyebabkan bumbung blok tercabut melibatkan empat buah rumah di Blok 3, Perumahan Awam Seri Johor.

DBKL telah mengambil tindakan segera dengan menutup kawasan tapak sisa runtuhan bumbung tersebut.

"Kerja-kerja pemasangan kanvas sementara telah dilakukan di bumbung unit terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih bumbung dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Bekalan elektrik di unit terlibat juga telah diputuskan bagi tujuan keselamatan," katanya seperti dinukil laporan Astro Awani.

DBKL memaklumkan, penghuni yang terlibat telah berpindah ke rumah saudara-mara di kawasan berhampiran dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka buat masa ini.
Sumber : Agensi berita/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan