"The Destination" sorot perjalanan Arab Saudi capai wawasan destinasi global
Anggaran Waktu Membaca:
Dokumentari baharu Arab Saudi 'The Destination'. (Gambar: Bernama)
RIYADH: Arab Saudi melancarkan dokumentari baharu bertajuk “The Destination” yang memaparkan transformasi negara itu di bawah program Wawasan Saudi 2030 dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, perubatan, sukan, media dan budaya.
Dokumentari bertajuk “The Destination” adalah terbitan Inisiatif Konoz di bawah Kementerian Media Arab Saudi.
Ia menyoroti perjalanan negara itu yang sudah melalui banyak perubahan, untuk mencapai aspirasinya.
Ini termasuk paparan tentang bagaimana Arab Saudi kini menjadi destinasi global moden, hasil pelaksanaan projek-projek mega dalam pelbagai bidang.
Dokumentari itu adalah sebahagian usaha Konoz untuk merakamkan kekayaan budaya dan sumbangan tamadun Arab Saudi, di samping mengetengahkan kisah kejayaan rakyat Saudi di semua peringkat melalui penerbitan dokumentari, filem pendek dan animasi.
Menurut Konoz, dokumentari itu akan disiarkan melalui platform Shahid, STC TV, saluran TV Saudi serta laman rasmi Kementerian Media Arab Saudi.

Sumber : Agensi berita/KH/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.