Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Destinasi perangingan di Brazil dicemari limpahan minyak

Pantai di Porto de Galinhas , Brazil, yang terkenal sebagai destinasi popular pelancong, dicemari limpahan minyak.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Oct 2019 09:52PM Dikemas Kini : 20 Oct 2019 10:06PM

PORTO DE GALINHAS: Pantai di Porto de Galinhas , Brazil, yang terkenal sebagai destinasi popular pelancong, dicemari limpahan minyak.

Sejak bulan lalu, limpahan minyak mula dikesan di hampir 190 pantai timur laut negara itu.

Kawasan peranginan itu sebelum ini terkenal dengan pantai-pantai yang indah, pepohon yang permai dan kolam-kolam air.

Namun kini kerja-kerja membersihkan pantai itu sedang giat diusahakan oleh penduduk tempatan.

Menurut agensi persekitaran Brazil, tumpahan minyak mentah itu tidak berasal dari dalam negeri, tapi dari Venezuela.

Awal bulan ini, Menteri Sekitaran Brazil Ricardo Salles turut mengumumkan limpahan minyak itu "berkemungkinan besar berasal dari Venezuela", menukil laporan oleh sebuah syarikat minyak negara.

Namun demikian, negara Amerika Selatan itu menafikan ia bertanggungjawab di atas pencemaran minyak itu. 

Sumber : Reuters/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan