Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS desak pemilik TikTok di China jual taruhan atau hadapi risiko diharamkan

Anggaran Waktu Membaca:
AS desak pemilik TikTok di China  jual taruhan atau hadapi risiko diharamkan

(Gambar hiasan: Denis Charlet/AFP)

WASHINGTON: Pentadbiran Joe Biden menuntut pemilik TikTok dari China supaya menjual kepentingan mereka dalam aplikasi perkongsian video popular itu atau berdepan risiko diharamkan di Amerika Syarikat (AS), menurut syarikat itu kepada Reuters pada Rabu (16 Mac).

Tuntutan itu pertama kali dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal dan merupakan perkembangan paling dramatik dalam siri langkah terbaru oleh pegawai AS dan pengubal undang-undang tentang keprihatinan data pengguna boleh diserahkan kepada pemerintah China.

Menurut laporan yang memetik eksekutif TikTok, 60 peratus saham syarikat induk TikTok ByteDance dimiliki oleh pelabur global, 20 peratus (pekerja) dan 20 peratus (pengasasnya).

Ia mempunyai lebih 100 juta pengguna di AS.

Donald Trump sebelum ini juga cuba melarang TikTok pada 2020 namun dihalang mahkamah.

Jurucakap TikTok Brooke Oberwetter memberitahu Reuters bahawa syarikat itu baru dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing AS (CFIUS) yang diketuai Perbendaharaan yang menuntut pemilik China aplikasi itu untuk menjual saham mereka.

Jika tidak, aplikasi itu mungkin dilarang di AS.

CFIUS, sebuah badan keselamatan negara yang berkuasa sebulat suara mencadangkan ByteDance agar menjual taruhannya dalam TikTok pada 2020.

"Jika melindungi keselamatan negara merupakan objektifnya, penjualan TikTok tidak akan menyelesaikan masalah. Perubahan dalam pemilikan tidak akan mengenakan sebarang sekatan baru ke atas aliran data atau akses," kata Cik Oberwetter dalam satu kenyataan.

Rumah Putih masih belum mengulas mengenai laporan itu.

Ketua eksekutif TikTok Shou Zi Chew dijadualkan bertemu Kongres AS minggu depan. Ia tidak jelas sama ada pemerintah China akan meluluskan penjualan saham TikTok itu.

TikTok dan CFIUS sudah berunding selama lebih dari dua tahun mengenai perlindungan data.

TikTok menyatakan ia sudah membelanjakan lebih AS$1.5 bilion (S$2 bilion) dalam usaha-usaha perlindungan data yang ketat dan menolak dakwaan terhadap perisikan.

TikTok pada Rabu menyatakan "cara terbaik untuk menangani kebimbangan mengenai keselamatan negara adalah dengan perlindungan data serta sistem pengguna AS, yang telus berasaskan AS dengan pemantauan, pemeriksaan dan pengesahan pihak ketiga yang mantap.".

Minggu lalu, Rumah Putih menyokong undang-undang yang dibentang 12 senator untuk memberi pentadbiran tersebut kuasa baru untuk melarang TikTok dan teknologi berpangkal di luar negara jika ia menimbulkan sebarang ancaman kepada keselamatan negara.

Undang-undang itu akan memberi pentadbiran Encik Biden senjata baru di mahkamah jika mereka berhasrat untuk melarang TikTok.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan