Denpasar isytihar darurat akibat banjir
Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan sebuah rumah berikutan banjir akibat hujan lebat di Denpasar, Bali pada 10 September, 2025. (Gambr: SONNY TUMBELAKA / AFP)
DENPASAR, Bali: Pihak berkuasa perbandaran Denpasar pada Rabu (10 Sep) secara rasmi mengisytiharkan status kecemasan menyusuli hujan lebat yang menyebabkan banjir di beberapa bahagian bandar sejak pagi tadi.
Datuk Bandar I Gusti Ngurah Jaya Negara berkata status darurat membolehkan pihak berkuasa memanfaatkan sepenuhnya tindak balas bencana, menjangkakan sebarang potensi risiko dan memastikan aktiviti awam dapat diteruskan semasa tempoh pemulihan.
"Status darurat ini adalah penting untuk memastikan semua tindak balas dapat dilaksanakan secara bersepadu, segera, dan tepat dengan penglibatan semua pihak," katanya semasa mempengerusikan mesyuarat penyelarasan tindak balas bencana di Denpasar.
Beliau juga memuji ketua-ketua kampung dan pegawai-pegawai yang membantu penduduk yang terjejas oleh banjir.
"Kami kemudian mengarahkan ketua-ketua kampung untuk mengumpulkan data penduduk yang terjejas dengan segera. Semakin cepat kita bertindak, semakin baik langkah mitigasi kita," katanya.
Pihak berkuasa Denpasar sudah pun menubuhkan pusat tindak balas bencana di pejabat datuk bandar yang disepadukan dengan pusat tindak balas di peringkat sub-daerah dan kampung, katanya, sambil menambah Agensi Mitigasi Bencana Daerah (BPBD) Denpasar akan bekerjasana dengan BPBD wilayah.
"Tempat perlindungan di lapangan sudah diperkukuhkan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Hal Ehwal Sosial dan Pejabat Kesihatan; bekalan ubat-ubatan terjamin di sana," katanya.
Menurut beliau, kebanjiran yang tercetus di Denpasar disebabkan oleh pelepasan air sungai yang deras di bahagian hulu akibat hujan lebat yang turun mencurah di seluruh pulau Bali sepanjang 24 jam lalu.
Selain Denpasar, hujan lebat yang menyebabkan banjir juga dilaporkan berlaku di hampir semua kawasan di pulau Bali.
Agensi Meteorologi Indonesia memberi amaran hujan dijangka berterusan sepanjang minggu ini.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.