Denmark tingkat perbelanjaan pertahanan sebanyak AS$2.1 bilion susuli tekanan Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Emil Helms / Ritzau Scanpix / AFP)
COPENHAGEN: Denmark menyatakan pada Isnin (27 Jan) bahawa ia akan membelanjakan 14.6 bilion crown Denmark (AS$2.05 bilion) untuk meningkatkan kehadiran tenteranya di Artik, menyusuli minat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengawal Greenland, wilayah separuh autonomi Denmark.
Bulan ini, Presiden Trump berkata Greenland penting untuk keselamatan Amerika dan Denmark mesti melepaskan kawalan ke atas pulau Artik yang penting secara strategik itu.
Berikutan lebih sedekad pemotongan drastik pada perbelanjaan pertahanan, Denmark memperuntukkan 190 bilion crown Denmark (AS$26 bilion) pada tahun lalu untuk tenteranya dalam tempoh 10 tahun, sebahagian daripadanya kini diperuntukkan bagi Artik.
Denmark, walaupun bertanggungjawab terhadap keselamatan dan pertahanan Greenland, mempunyai keupayaan ketenteraan yang terhad di pulau yang luas itu, yang secara meluas dianggap sebagai kawasan yang boleh mengancam keselamatan.
Buat masa ini, kapasiti Denmark termasuk empat kapal pemeriksaan yang semakin usang, pesawat pengawasan Challenger dan 12 pasukan kereta luncur salji, semuanya ditugaskan untuk memantau kawasan empat kali saiz Perancis.
Perjanjian itu termasuk membiayai tiga kapal tentera laut Artik yang baharu, menggandakan bilangan dron pengawasan jarak jauh kepada empat, serta pengawasan satelit, kata Menteri Pertahanan Troels Lund Poulsen semasa sidang media.
Parti-parti politik bersetuju untuk mengetepikan lebih banyak wang untuk Artik dalam perjanjian yang akan dibentangkan pada separuh pertama tahun ini.
Tentera Amerika mempunyai kehadiran tetap di Pangkalan Pituffik Space di barat laut Greenland, lokasi strategik untuk sistem amaran awal peluru berpandu balistik kerana ia adalah laluan terpendek dari Eropah ke Amerika Utara melalui pulau tersebut.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.