Denmark dakwa 2 individu yang dipercayai hina al-Quran
Buat pertama kalinya dalam sejarah Denmark, dua individu didakwa atas layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci al-Quran, menurut kenyataan pendakwa raya pada Jumaat (24 Jan).
(Gambar: AFP)
This audio is generated by an AI tool.
"Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama," menurut kenyataan pejabat pendakwa raya.
Pertuduhan itu dibuat selepas Menteri Kehakiman Denmark meluluskan cadangan untuk meneruskan kes tersebut, tambah kenyataan itu.
Menurut pendakwa raya, kejadian dipercayai berlaku pada 15 Jun 2024, semasa Pesta Rakyat di pulau Bornholm.
Suspek dilaporkan melakukan perbuatan tidak wajar terhadap al-Quran di dalam khemah, sama ada secara terbuka atau dengan niat untuk berkongsi tingkah lakunya itu dengan khalayak yang lebih luas.
"Penilaian kami adalah bahawa, berkaitan dengan acara semasa Pesta Rakyat, layanan yang tidak wajar terhadap al-Quran telah berlaku dan ia terjadi di khalayak ramai kerana ia dihadiri oleh beberapa orang dan juga dirakam serta disiarkan secara langsung melalui Facebook," menurut kenyataan itu.
Pendakwa Raya Lise-Lotte Nilas mengesahkan bahawa denda sudah dicadangkan untuk suspek.
Kes itu dikemukakan kepada Mahkamah Bornholm untuk penjadualan tetapi tarikh mahkamah masih belum ditetapkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.