Skip to main content

Dunia

Dengan cereka dan boneka, bekas guru ini cuba selamatkan hutan bakau Indonesia

Berlumuran lumpur hingga ke paras lutut, sekumpulan kecil belia Indonesia menanam anak pokok bakau di sepanjang pesisir pantai yang terdedah di sebelah Laut Jawa di bawah pengawasan seorang pejuang alam sekitar tempatan, Samsudin.

Anggaran Waktu Membaca:
Dengan cereka dan boneka, bekas guru ini cuba selamatkan hutan bakau Indonesia

Encik Samsudin mengajar anak-anak di Indonesia tentang isu sekitaran gunakan boneka dan cereka (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 10 Apr 2021 11:28PM Dikemas Kini : 10 Apr 2021 11:34PM

INDRAMAYU: Berlumuran lumpur hingga ke paras lutut, sekumpulan kecil belia Indonesia menanam anak pokok bakau di sepanjang pesisir pantai yang terdedah di sebelah Laut Jawa di bawah pengawasan seorang pejuang alam sekitar tempatan, Samsudin.

Encik Samsudin, yang merupakan seorang bekas guru sekolah, kini mengabdikan hidupnya untuk pemuliharaan dan menggunakan boneka wayang kulit dan bercerita untuk menyebarkan mesejnya kepada golongan muda mengenai pentingnya melindungi pohon bakau di kawasan yang mengalami hakisan pantai yang besar.

"Untuk mencegah air pasang membadai kami, kami menanam pokok bakau, hutan untuk haiwan dan oksigen untuk kita hidup. Saya menyulam semua dalam cerita saya," kata Encik Samsudin, 50 tahun, sambil menyuarakan kehairanan tentang sesetengah orang di kawasan itu yang melihat pokok bakau sebagai " mengganggu" dan akan mencabutnya.

Indonesia memiliki lebih daripada seperlima hutan kayu bakau di dunia, yang secara semula jadi membantu menahan air pasang tinggi. Namun saban tahun, masyarakat pesisiran menebang pohon untuk membuka laluan kepada tempat ternakan ikan dan udang, dan untuk sawah bendang.

Encik Samsudin mengajar kanak-kanak tempatan berusia 11 hingga 15 kali tiga kali seminggu tentang bagaimana cara menjaga alam sekitar, kadang-kadang menggambarkannya dengan boneka monyet dan orang utan.

Encik Samsudin menganggarkan bahawa dia sudah membantu menanam 700 hektar di kawasan itu.

Walaupun usahanya tertumpu kepada kawasan tempatan, masalah itu sudah mendapat perhatian nasional dan Indonesia baru-baru ini memulakan salah satu kempen terbesar di dunia untuk memulihkan kawasan bakau, dengan sasaran 150,000 hektar setiap tahun di sembilan provinsi hingga 2024.

Indonesia mempunyai kira-kira 3.3 juta hektar hutan bakau, dengan lebih dari 600,000 hektar dalam keadaan kritikal, kata Encik Hartono, ketua badan pemulihan bakau, kepada Reuters.

Data dari kementerian perhutanan Indonesia dari 2017 menganggarkan lebih dari 1.8 juta hektar bakau rosak.

Encik Hartono berkata penyebab utama kemusnahan di Indonesia adalah pembalakan haram dan penukaran tanah.

Encik Cukup Rudiyanto, seorang lagi aktivis di Indramayu yang menanam pokok bakau, juga menyalahkan kekurangan pemendapan di kawasan pesisir ini di timur ibu kota Jakarta sebagai membahayakan bakau.

Bagi Encik Samsudin, mengajar tentang isu ini dilakukan tanpa mengharapkan sebarang balasan, walaupun dia mengakui terdapat anggota keluarganya sendiri yang mempersoalkan mengapa beliau mencurahkan begitu banyak masa bagi isu itu.

Namun bagi Muhammad Jefri, 12 tahun, salah seorang murid Encik Samsudin, pelajarannya membawa kesan.

"Saya mahu melindungi alam sekitar, kerana penting bagi orang ramai," katanya.


Ikuti laporan-laporan BERITA Jelajah - Cinta Bumi di pautan ini.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita