Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dendangan lagu 'Lemak Manis' kanak-kanak 2 tahun ini buat ramai kagum

Anggaran Waktu Membaca:
Dendangan lagu 'Lemak Manis' kanak-kanak 2 tahun ini buat ramai kagum

Gambar: VJ Perfume & Apparels/TikTok

Diterbitkan : 12 Nov 2023 10:32PM Dikemas Kini : 12 Nov 2023 10:41PM
KUALA LUMPUR: Lagu 'Lemak Manis', nyanyian asal Roslan Madun, kembali popular sejak kebelakangan ini dan disambut baik generasi sekarang.

Ia bukan mudah untuk mendendangkan lagu irama Melayu bahkan, bagi penyanyi profesional, yang memerlukan latihan bertahun-tahun semata-mata untuk mahir dalam segi lenggok nyanyian.

Tular sebuah rakaman video seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang menyanyikan lagu 'Lemak Manis' itu di sebuah majlis baru-baru ini, lapor wadah online Lobak Merah.
Menurut wadah Lobak Merah, kanak-kanak itu kelihatan sangat teruja dan tidak berasa takut dengan kehadiran tetamu dalam majlis itu.

Kanak-kanak lelaki itu memulakan nyanyiannya dengan baik, malah bijak mengikut melodi lagu.

Rata-rata ahli keluarga dan sanak saudara yang hadir turut terhibur dengan persembahan nyanyian kanak-kanak itu.

Video berkenaan sudah tular dan menerima puluhan ribu tontonan, menurut Lobak Merah.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan