Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Denda sehingga AS$35 bagi pemilik kenderaan gagal ujian pengeluaran asap di Jakarta

Ibu kota Indonesia ini sering menjadi antara bandar utama di dunia yang paling teruk terjejas oleh pencemaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Denda sehingga AS$35 bagi pemilik kenderaan gagal ujian pengeluaran asap di Jakarta

(Gambar fail: Agensi berita)

JAKARTA: Ibu kota Indonesia ini sering menjadi antara bandar utama di dunia yang paling teruk terjejas oleh pencemaran.

Jumlah kenderaan bermotor yang semakin bertambah adalah salah satu penyumbang kepada kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara di Jakarta.
Untuk meningkatkan mutu udara, pihak berkuasa tempatan merancang untuk mendenda kenderaan bermotor yang gagal dalam ujian pengeluaran asap pada Januari tahun depan.

Ujian asap kenderaan mengambil masa hanya masa lima minit saja.

Namun, hanya 10 peratus hingga 15 peratus kenderaan bermotor di Jakarta yang telahpun menjalani ujian tersebut.

Jumlah itu adalah jauh daripada sasaran 50 peratus yang ditetapkan pihak berkuasa.
Pemerintah Jakarta akan mengenakan denda sehingga AS$35 (S$47.65) ke atas pemilik kenderaan bermotor yang mencabuli peraturan pengeluaran asap.

Meskipun majoriti penduduk Jakarta setuju dengan peraturan tersebut, mereka berpendapat pihak berkuasa sepatutnya mempersiapkan orang ramai dengan peraturan baru itu.

"Sebenarnya saya setuju sekali tapi mungkin sosialisasinya agak sedikit terburu-buru. Tiba-tiba ada ketuk palu bahawa ini harus kalau tidak diuji pengeluaran kita langsung kena denda," kata seorang pemilik kenderaan.

"Dari segi tilangnya cukup memberatkan untuk warga yang punya motor tapi dengan maksud tujuannya untuk lingkungan, kita wajib mendukung," kata seorang penunggang motosikal.

Menurut pegawai, mereka mahu memperbaiki mutu udara Jakarta, dan memaksa orang ramai agar patuh dipercayai cara terbaik.

"Kalau mengharapkan kesedaran memang agak susah jadi harus diberikan sanksi untuk melakukan itu. Seperti contoh dulu kita tidak pakai topi keledarkan? Sekarang pakai topi keledar jadi suatu kebiasaann. Jadi awalnya harus dipaksa, nanti jadi kebiasaan, lalu menjadi kebiasaan. Itu yg diharapkan," kata Ketua Agensi Sekitaran Jakarta Barat, Slamet Riyadi.

Pada September lalu, mahkamah mengarahkan pemerintah Indonesia supaya meningkatkan mutu udara yang berbahaya di Jakarta.
Pihak berkuasa didapati bersalah atas kecuaian alam sekitar.

Menurut Agensi Statistik Pusat, jumlah kenderaan bermotor di Jakarta mencapai 20.2 juta unit pada 2020.

Motosikal merangkumi hampir 80 peratus jumlah keseluruhan. Bakinya adalah kereta penumpang dan lori.

Pakar alam sekitar berkata pihak berkuasa Jakarta sedang menuju ke arah yang betul.
Namun, mereka perlu melaksanakan peraturan itu dan dendanya secepat mungkin.

"Saya berharap terlaksana minimum tidak semua jalan dulu misalnya. Misalnya jalan-jalan tertentu yang dianggap tahap pencemarannya tinggi misalnya. Sudirman-Thamrin misalnya yang mempunyai pencemaran tinggi cuba diterapkan di situ dulu secara bertahap baru nanti keseluruhan Jakarta. Saya kira harapan kita boleh lakukan seperti itu," kata Pengurus Kempen Forum Sekitaran Indonesia, Dwi Sawung.

Satu kajian yang dijalankan Agensi Sekitaran Jakarta tahun lalu menunjukkan, pengangkutan adalah punca utama pencemaran udara di ibu kota Indonesia itu.

Walaupun pengangkutan awam perlu menjalani ujian teknikal, pegawai berharap denda dan peraturan akan mencukupi untuk memastikan mutu kenderaan bermotor privet terjaga.

Sumber : CNA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan