Democrat berjaya tawan Dewan Perwakilan dan Senat Amerika
(Gambar: AP)
- The Democratic Party scored a major victory in the US midterm elections, securing majorities in the House of Representatives and Senate while some votes were still being counted.
- Democrats won 231 seats in the House of Representatives, including 27 seats taken from Republicans, while the Senate count showed 54 seats for Democrats against 44 for Republicans.
- The party also won seven states that had long supported Republicans, including Kansas and Texas, while results in Alaska and Mississippi had yet to be finalised.
- Abdul El-Sayed became the first Muslim elected to the US Senate; the Republicans’ defeat reflected public anger and disappointment with President Donald Trump.
- Parti Democrat mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Pertengahan Penggal Amerika Syarikat, memperoleh majoriti di Dewan Perwakilan dan Dewan Senat ketika sebahagian undi masih dikira.
- Democrat memenangi 231 kerusi Dewan Perwakilan, termasuk 27 kerusi yang dirampas daripada Republican, manakala pengiraan Dewan Senat menunjukkan 54 kerusi berbanding 44 untuk Republican.
- Parti itu turut menawan tujuh wilayah yang lama menyokong Republican, termasuk Kansas dan Texas, sementara keputusan Alaska dan Mississippi masih belum dimuktamadkan.
- Abdul El-Sayed menjadi Muslim pertama yang dipilih sebagai senator Amerika Syarikat; kekalahan Republican pula mencerminkan kemarahan dan kekecewaan rakyat terhadap Presiden Donald Trump.
WASHINGTON: 'Tsunami Biru' melanda politik Amerika Syarikat setelah Parti Democrat menang besar dalam Pilihan Raya Pertengahan Penggal negara itu.
Pertama sekali, Democrat berjaya menawan kedua-dua Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
Kemudian, ia berjaya merampas wilayah-wilayah yang sudah berdekad-dekad menjadi kubu kuat Parti Republican seperti Texas dan Kansas.
Pilihan raya ini juga menyaksikan satu lagi sejarah, iaitu buat pertama kalinya seorang Muslim menjadi Senator Amerika Syarikat, apabila Abdul El-Sayed, menang kerusi Dewan Senat Michigan.
Kekalahan teruk yang dialami Republican dalam pilihan raya ini mencerminkan kemarahan dan kekecewaan meluas rakyat Amerika Syarikat terhadap Presiden Donald Trump.
Bagi Dewan Perwakilan, Democrat mencapai majoriti terbesarnya dalam tempoh hampir dua dekad.
Majoriti mudah adalah sebanyak 218 kerusi, namun menurut CNN, Democrat kini sudahpun memenangi 231 kerusi termasuk merampas 27 kerusi yang sebelum ini dipegang oleh Republican.
Republican sedang jauh ketinggalan dengan 139 kerusi.
Undi masih dikira bagi baki 68 kerusi.
Bagi Dewan Senat pula, Democrat kini menguasai 54 kerusi setelah berjaya merampas tujuh kerusi yang sebelum ini dipegang oleh Republican.
Republican kini menguasai 44 kerusi.
Keputusan bagi dua wilayah, iaitu Alaska dan Mississippi masih dalam proses kiraan, namun Democrat sedang mendahului kiraan undi.
Penguasaan Democrat dalam Dewan Senat cukup meluas.
Ia mengalahkan para pesaingnya dengan kemenangan besar di banyak wilayah termasuk di wilayah-wilayah yang sudah menyokong Republican selama beberapa dekad.
Tujuh wilayah yang meninggalkan Republican termasuk Texas, North Carolina, South Carolina, Kansas, Iowa, Ohio dan Maine.
Kansas, yang setelah 98 tahun menyokong Republican, kini memilih wakil Democrat.
Satu lagi kubu kuat Repiblican sejak 1988, iaitu Texas, juga jatuh ke tangan Democrat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.