Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Demi jalan pintas, kanak-kanak cedera tangan tertusuk besi pagar masjid di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Demi jalan pintas, kanak-kanak cedera tangan tertusuk besi pagar masjid di M'sia

Gambar: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas tangan kirinya tertusuk pada besi pagar di Masjid Jamek Al Hidayah di Kampung Pinang di Pokok Sena, di Alor Setar pada Isnin petang (24 Okt).

Kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan cuba memanjat pagar terbabit sebagai jalan pintas sebelum tangannya tertusuk pada salah satu daripada jeriji pagar terbabit, lapor BH Online.

Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak terbabit terpaksa menahan sakit sementara menunggu ketibaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dihubungi untuk membantu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat di JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, mengesahkan menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 5.46 petang, lapor BH Online.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu.

"Pihak bomba kemudian memotong besi terbabit menggunakan mesin pemotong milik orang awam, sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Difahamkan oleh BH Online, pihak bomba terdahulu terpaksa memujuk kanak-kanak terbabit untuk menenangkannya sebelum tindakan susulan diambil.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan