Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Demam campak jadi ancaman kesihatan global akibat pandemik COVID-19, kata WHO & CDC

Anggaran Waktu Membaca:
Demam campak jadi ancaman kesihatan global akibat pandemik COVID-19, kata WHO & CDC

Vaksin bagi demam campak. (Gambar hiasan: AFP/Getty Images/Joe Raedle)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 08:46AM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 08:47AM
WASHINGTON: Dunia kini menghadapi ancaman penyakit demam campak disebabkan COVID-19 yang menjejas pemantauan serta program suntikan vaksin bagi melindungi penduduk daripada penyakit itu.

Demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Kesihatan Awam Amerika Syarikat (AS) pada Rabu (23 Nov), lapor Reuters.

Demam campak adalah antara penyakit yang paling mudah berjangkit dan ia boleh dicegah sepenuhnya melalui vaksinasi. Bagaimanapun ia memerlukan 95 peratus perlindungan vaksin untuk mencegah penyakit itu daripada menular dalam masyarakat.

Jumlah rekod tinggi hampir 40 juta kanak-kanak terlepas mendapatkan suntikan dos vaksin demam campak pada 2021 semasa pandemik COVID-19, menurut WHO dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dalam satu laporan bersama.

Meskipun kes demam campak belum lagi naik mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya, ketua WHO, Patrick O'Connor berkata tindakan segera harus dilakukan, lapor Reuters.

"12 hingga 24 bulan akan datang merupakan tempoh yang sangat sukar untuk menangani masalah ini."

Ia disebabkan pelbagai faktor seperti langkah jarak selamat yang masih dilaksanakan serta reka bentuk virus itu sendiri.

WHO sudah menyaksikan peningkatan besar penularan penyakit itu sejak permulaan 2022, naik daripada 19 kepada hampir 30 menjelang September, kata Encik O'Connor, sambil menambah bahawa beliau amat khuatir dengan kesannya di bahagian sub Sahara Afrika.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan