Delegasi keselamatan tertinggi Israel tiba di Doha bagi rundingan Gaza
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Eyad BABA / AFP)
BAITULMAKDIS: Delegasi keselamatan Israel peringkat tertinggi tiba di Qatar pada Ahad (12 Jan) untuk perbincangan mengenai perjanjian tebusan dan gencatan senjata Gaza, kata jurucakap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, sebagai tanda bahawa perjanjian sulit itu kini mungkin semakin hampir.
Qatar dan rakan-rakan pengantara Mesir dan Amerika Syarikat sedang melakukan usaha baharu untuk mencapai perjanjian bagi menghentikan pertempuran di kawasan itu dan membebaskan baki 98 tebusan yang ditahan di sana sebelum Presiden Donald Trump dilantik sebagai presiden pada 20 Januari nanti.
Pejabat PM Netanyahu menyatakan pada Sabtu (11 Jan) bahawa delegasi itu termasuk Ketua Mossad David Barnea dan ketua perkhidmatan keselamatan domestik Shin Bet Ronen Bar.
Utusan Timur Tengah Trump, Steve Witkoff, bertemu dengan PM Netanyahu pada Sabtu, selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Jumaat.
Pegawai Israel dan Palestin berkata bahawa beberapa kemajuan telah dicapai dalam rundingan tidak langsung antara Israel dan kumpulan militan Hamas sejak Khamis lalu, tetapi tidak mengulas lanjut. Pihak berkenaan tidak menjelaskan butiran yang sedang diusahakan.
Tidak jelas bagaimana mereka akan merapatkan salah satu jurang terbesar yang berterusan sepanjang pusingan rundingan sebelumnya: Hamas menuntut agar perang dihentikan manakala Israel menyatakan ia tidak akan menamatkan perang selagi Hamas memerintah Gaza dan menimbulkan ancaman kepada Israel.
Israel melancarkan serangannya di Gaza selepas pejuang Hamas menyerbu merentasi sempadannya pada Oktober 2023, membunuh 1,200 orang dan menahan lebih 250 tebusan, menurut kiraan Israel.
Sejak itu, lebih 46,000 orang telah terbunuh di Gaza, menurut pegawai kesihatan Palestin, dengan sebahagian besar kawasan itu musnah dan dicengkam oleh krisis kemanusiaan, dan kebanyakan penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.