Delegasi Hamas bertemu ketua risikan Mesir, dakwa ‘pelanggaran’ Israel jejas gencatan senjata
Satu delegasi kanan Hamas bertemu dengan ketua perisikan Mesir di Kaherah pada Ahad (23 Nov) untuk membincangkan perjanjian gencatan senjata dan situasi di Gaza, menurut kumpulan tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
KAHERAH/BAITULMAKDIS: Satu delegasi kanan Hamas bertemu dengan ketua perisikan Mesir di Kaherah pada Ahad (23 Nov) untuk membincangkan perjanjian gencatan senjata dan situasi di Gaza, menurut kumpulan tersebut.
Ini sedang Israel dan kumpulan bersenjata Palestin itu terus saling menuduh satu sama lain melanggar gencatan senjata.
Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat menjadi perantara antara Hamas dan Israel, memastikan pelaksanaan gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak bulan lalu.
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu menyatakan bahawa ia menegaskan komitmennya untuk melaksanakan fasa pertama perjanjian gencatan senjata dalam pertemuannya dengan ketua perisikan Mesir, namun menuduh Israel melakukan “pelanggaran berterusan” yang dikatakan boleh menggagalkan perjanjian tersebut.
Hamas, yang rombongannya termasuk ketua Gaza dalam buangan Khalil Al-Hayya, menyeru agar diadakan suatu “mekanisme yang jelas dan terperinci” di bawah seliaan para perantara untuk mendokumentasikan dan menghentikan sebarang pelanggaran perjanjian.
NASIB KUMPULAN BERSENJATA TURUT DIBINCANGKAN
Menurut pergerakan itu, ia juga membincangkan dengan Mesir cara untuk segera menyelesaikan isu para anggota kumpulan bersenjata Hamas di terowong Rafah, sambil menambah bahawa komunikasi dengan mereka sudah terputus.
Reuters melaporkan awal bulan ini bahawa para perantara sedang berusaha untuk menangani nasib sekumpulan pejuang Hamas yang bersembunyi di rangkaian terowong di kawasan Gaza yang dikuasai Israel.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata tentera negara itu membunuh lima anggota kanan Hamas pada Sabtu selepas seorang pejuang dihantar ke kawasan Gaza yang dikuasai Israel untuk menyerang askar-askarnya di sana.
Pegawai kesihatan di Gaza memaklumkan serangan udara Israel meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa pada Sabtu.
Tentera Israel pada Ahad menyatakan seorang komander tempatan Hamas turut tersenarai sebagai individu yang terbunuh dalam serangan pada Sabtu itu.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.