Skip to main content

Dunia

Delegasi Cuba keluar dewan ketika Trump berucap di Perhimpunan Agung PBB

Delegasi Cuba meninggalkan dewan ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berucap mengenai negara itu pada sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Delegasi Cuba keluar dewan ketika Trump berucap di Perhimpunan Agung PBB

Beberapa anggota delegasi Cuba meninggalkan dewan ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berucap pada sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa (22 Sep). (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Sep 2026 05:07PM
  • Delegasi Cuba meninggalkan dewan Perhimpunan Agung PBB di New York pada 22 September ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berucap mengenai negara itu.
  • Tindakan itu dibuat selepas Trump menyifatkan Cuba sebagai negara gagal, menuduhnya terkait kumpulan radikal, dan menyebut usaha membawa perubahan asas.
  • Trump turut berkata Setiausaha Negara Amerika Marco Rubio mengendalikan rundingan dengan Cuba, sambil mendakwa negara itu berdepan tekanan hebat.
  • Insiden ini berlaku dalam hubungan Amerika-Cuba yang lama tegang, dengan sekatan perdagangan berdekad-dekad dan tekanan diperketat oleh pentadbiran Trump.
Dijana oleh AI
NEW YORK: Delegasi Cuba meninggalkan dewan ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berucap mengenai negara itu pada sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (22 Sep).

Rakaman video menunjukkan beberapa anggota delegasi Cuba bangkit dan meninggalkan tempat duduk mereka sebagai bantahan terhadap kenyataan Encik Trump yang menyifatkan Cuba sebagai "negara gagal".

Encik Trump berkata pentadbirannya sedang berusaha membawa "perubahan asas" terhadap keadaan di Cuba.

Beliau turut menuduh Cuba mempunyai hubungan dengan kumpulan yang dianggap mengancam kestabilan dan berfahaman radikal.

Presiden Trump berkata Setiausaha Negara Amerika Marco Rubio sedang mengendalikan rundingan dengan Cuba.

Reuters turut melaporkan Encik Trump berkata Cuba kini berdepan tekanan hebat dan meramalkan sistem pemerintahan negara itu akan tumbang.

HUBUNGAN AMERIKA-CUBA TEGANG

Amerika sudah sekian lama mengenakan sekatan perdagangan terhadap Cuba, dengan hubungan antara kedua-dua negara tegang selama beberapa dekad.

Pentadbiran Presiden Trump turut meningkatkan tekanan terhadap Cuba sejak kembali memegang jawatan, termasuk memperketat sekatan terhadap negara itu.

Tindakan delegasi Cuba itu berlaku ketika Encik Trump menggunakan ucapannya di Perhimpunan Agung PBB untuk menggariskan pendirian pentadbirannya terhadap beberapa isu antarabangsa.

Perbahasan umum sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB berlangsung dari 22 hingga 28 September di ibu pejabat PBB di New York.
Sumber : Bernama/Xinhua/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita