Delegasi Britain adakan lawatan ke Taiwan, bincang kerjasama pertahanan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
TAIPEI: Seorang penggubal undang-undang kanan Britain berkata pada Jumaat (2 Dis) bahawa delegasinya sudah berbincang dengan Taiwan berhubung kerjasama pertahanan semasa sebuah rangka lawatan ke Taiwan minggu ini.
Lawatan delegasi Britain ke wilayah tersebut, yang didakwa China sebagai miliknya, dikutuk dan disifatkan Beijing sebagai "campur tangan menjengkelkan".

Britain, seperti kebanyakan negara lain, tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Taiwan. Sekalipun demikian, Britain dilihat mempergiatkan langkah yang mencerminkan sokongannya terhadap Taiwan, di tengah-tengah ancaman tentera semakin meningkat dari China.
Selepas pertemuan dengan Presiden Tsai Ing-wen, Cik Alicia Kearns, pengerusi Jawatankuasa Ehwal Luar parlimen Britain, memberitahu para wartawan bahawa mesyuarat mereka menumpukan perhatian terhadap bagaimana untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Indo-Pasifik serta bagaimana Britain boleh memainkan peranan sebagai rakan demokrasi.
"Kami berbual tentang ancaman siber bersama yang kami semua hadapi daripada musuh-musuh yang berbeza, kami membincangkan maklumat tidak tepat dan sudah tentu, kami membincangkan konflik ketenteraan tradisional," ujar beliau.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.