Dek rindu Makkah, penduduk kampung di Indonesia bina masjid mirip Kaabah
Anggaran Waktu Membaca:
JAWA BARAT: Musim haji sudah tiba lagi.
Dengan pandemik yang sudah mula dapat dikawal, umat Islam di seluruh dunia kembali menjadikan kota suci itu tumpuan utama mereka selepas hampir dua tahun jemaah yang mengerjakan ibadah tersebut terpaksa dihadkan.
Sebut sahaja tentang ibadah haji dan umrah, pasti kita semua akan teringat tentang binaan Kaabah yang menjadi kiblat buat seluruh umat Islam di dunia.
Berdiri teguh di Masjidil Haram, setiap umat Islam yang melihatnya pasti akan berasa sebak dan terus terkenang akan kebesaran Allah S.W.T.
Namun begitu, satu binaan masjid yang sedang dibangunkan di Desa Mukapayung, Kecamatan Cililin, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat sudah menjadikan rekaan Kaabah sebagai rujukan untuk membina masjid baru di situ, lapor ohmymedia yang menukil rencana daripada Suara.com.
Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh @terangmedia, dapat dilihat yang masjid tersebut dibangunkan hampir sama seperti Kaabah.

Menurut kapsyen yang ditinggalkan, ia dibuat sebegitu rupa supaya dapat melepaskan rindu terhadap kota Makkah yang jauh beribu-ribu kilometer dari Indonesia, lapor ohmymedia.
Melihat dari hantaran yang dibuat itu, masjid berkenaan turut dicat dengan warna hitam dan berbentuk kotak.
Walau bagaimanapun ia masih belum siap sepenuhnya.
Difahamkan oleh ohmymedia, pembinaan masjid tersebut sudah mendapat tindak balas yang pelbagai daripada warganet kerana terkejut melihat persamaannya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.