Dek keadaan jalan raya teruk, bapa terpaksa membetis 1 jam sambil gendong jenazah anak
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/ Sabah Info/ Persatuan Amal dan Jariah Sabah
KOTA MARUDU: Gara-gara keadaan jalan yang teruk, seorang bapa sanggup berjalan kaki pulang ke rumahnya di Kampung Samparita Tengah, Kota Marudu, sambil menggendong jenazah bayi perempuannya biarpun memakan masa lebih kurang satu jam.
Menerusi perkongsian di Facebook Sabah Info, lelaki itu terlebih dahulu dibantu oleh pihak Persatuan Amal dan Jariah Sabah yang menawarkan diri untuk menghantarnya dan jenazah bayi perempuannya pulang ke rumah mereka, seperti dinukil daripada ohmymedia.
“Keluarganya merupakan golongan kurang berkemampuan dan Persatuan Amal dan Jariah Sabah tampil membantu dengan menyediakan keranda dan menghantar mereka pulang ke rumah.”tulisnya.
Bagaimanapun, hasrat murni pihak terbabit tidak kesampaian apabila keadaan jalan yang dilalui sangat teruk sehingga tidak mengizinkan mereka meneruskan perjalanan ke rumah lelaki itu.
Susulan itu, lelaki itu terpaksa pulang dengan berjalan kaki membawa jenazah anaknya pulang ke rumah yang mengambil masa kira-kira satu jam, lapor ohmymedia.
Semasa terkandas, mereka cuba membuat panggilan bagi mendapatan bantuan namun gagal kerana tidak mempunyai capaian liputan yang stabil. Bukan itu sahaja, bahkan dalam masa sama mereka turut berada di tengah-tengah hutan di waktu lewat malam, lapor ohmymedia.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku beberapa bulan lalu dan bayi perempuan berusia lima bulan yang digendong lelaki itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen. 2, Kota Kinabalu, Sabah.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi warganet di mana warganet memuji tindakan murni oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) terutama pasukan pengurusan jenazah kerana sudi membantu menghulurkan bantuan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.