Skip to main content

Dunia

AS dedah video jet pejuang Rusia 'ganggu' dron Amerika Syarikat di Syria

Anggaran Waktu Membaca:
AS dedah video jet pejuang Rusia 'ganggu' dron Amerika Syarikat di Syria

Gambar: Pasukan Udara AS menerusi AP

WASHINTON: Jet pejuang Rusia dilaporkan terbang secara berbahaya berhampiran dengan pesawat dron Amerika Syarikat (AS) yang sedang berada di ruang udara Syria, pada Rabu (5 Jul).

Ini sekali gus mencetuskan kemarahan AS dan memaksa MQ-9 Reapers untuk bertindak mengelak pesawat pejuang Rusia itu, menurut Pasukan Udara AS.

Pusat Pasukan Udara AS mendedahkan sebuah video, yang memaparkan pertembungan berkenaan, di mana pesawat pejuang Rusia SU-35 dilihat mendekati pesawat Reaper dan kemudian menunjukkan sebilangan apa yang dikatakan sebagai nyala api yang bergerak menuju ke arah penerbangan dron tersebut. Nyala api tersebut dikatakan diikat pada payung terjun.

Leftenan Jeneral (Lt Jen) Alex Grynkewich, Panglima Tentera Udara ke-9 di Timur Tengah, menyatakan bahawa tiga dron-dron AS itu sedang berlegar-legar di ruang udara Syria selepas pukul 10.30 pagi waktu tempatan, dalam misi untuk menentang Kumpulan Jihad Islam, apabila tiga daripada pesawat Rusia tersebut "mula menganggu dron-dron berkenaan". Perincian misi tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Dalam satu kenyataan, Encik Grynkewich menjelaskan bahawa salah satu daripada juruterbang warga Rusia itu menerbangkan pesawat udara mereka di hadapan sebuah dron lalu menggunakan komponen pembakaran SU-35, yang meningkatkan kelajuan dan tekanan udara.

"Pesawat udara ketenteraan Rusia memaparkan tindakan yang tidak selamat dan tidak profesional ketika berinteraksi dengan pesawat AS di Syria," tegasnya. Beliau menekankan bahawa tindakan tersebut mengancam keselamatan pasukan AS dan Rusia.

AS menggesa pasukan Rusia di Syria supaya berhenti melakukan tindakan melulu sedemikian dan mematuhi standard tingkah laku yang dijangkakan daripada sebuah pasukan udara yang profesional agar mereka dapat terus memberi tumpuan kepada usaha menentang ISIS.
 
Sumber : AP/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita