Daya saing Indonesia masih jauh, hanya 2,800 km jalan tol dibangunkan: Jokowi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/BAY ISMOYO)
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata daya saing negara tersebut masih ketinggalan jauh dengan jumlah rangkaian jalan tol dibangunkan, yang hanya mencapai 2,800 kilometer.
Encik Jokowi menambah di bawah pemerintahannya, jalan tol yang sudah dibangunkan mencapai 2,040 kilometer, dibandingkan 760 kilometer jalan tol yang dibangunkan sebelum pemerintahannya.
Menurutnya, jarak jalan tol di Indonesia menunjukkan daya saing negara itu masih jauh ketinggalan berbanding Republik Rakyat China (PRC).
"Betapa jauh sekali daya saing kita. Ia adalah perkara yang ingin kita kejar agar kita dapat bersaing dengan negara-negara lain," tambah Encik Jokowi.
Di Pulau Sumatera, pemerintah Indonesia merancang untuk membangunkan Jalan Tol Trans Sumatera sepanjang 2,800 kilometer, termasuk "tulang belakang" Jalan Raya Lintas Sumatera (JTTS) sepanjang 1,800 kilometer.
Beliau mendedahkan bahawa ketua masyarakat dan agama di Sumatera Selatan berkata, ia mengambil masa 10 hingga 12 jam dari Palembang ke Lampung, sebelum ini.
Dengan adanya Jalan Tol Trans Sumatera, masa perjalanan dari Palembang ke Lampung menjadi lebih singkat, iaitu sekitar 3.5 jam.
"Kita harapkan dengan pembangunan ini, pergerakan kenderaan dan perkhidmatan akan dipercepatkan, sehingga daya saing kita menjadi semakin baik," kata Encik Jokowi.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.