Daya maju sektor pertanian Indonesia terjejas dek jumlah petani makin merosot
Indonesia kini adalah pengeluar beras utama di Asia Tenggara, mengatasi negara-negara lain seperti Thailand dan Vietnam.
Indonesia muncul sebagai pengeluar beras utama Asia Tenggara, mengatasi negara pesaing tradisional seperti Thailand dan Vietnam. (Gambar: CNA)
Indonesia menyasarkan untuk menghasilkan 32 juta tan beras tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding tahun lalu.
Namun, jumlah petani yang semakin merosot menimbulkan keprihatinan mengenai daya maju jangka panjang sektor pertanian dan keupayaannya untuk memenuhi permintaan makanan di negara itu yang semakin meningkat.
PENCAPAIAN BERSEJARAH BAGI JAMINAN BEKALAN MAKANAN
Indonesia mencatatkan lonjakan 48 peratus dalam penghasilan beras, dengan simpanan beras pemerintah mencecah paras tertinggi sebanyak 4.2 juta tan, kata Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada bulan lalu.
Namun, cabaran-cabaran seperti pembahagian tanah yang tidak sama rata dan kurangnya sokongan bagi para petani menghambat kemajuan.
Bagi meningkatkan pengeluaran beras, pihak berkuasa Indonesia menawarkan lebih subsidi untuk baja, menaik taraf jentera pertanian, mempercepatkan jadual tanaman serta menaikkan harga asas bagi padi.
Walaupun dengan usaha-usaha yang dijalankan, eksport masih terbantut kerana pihak berkuasa Indonesia mengutamakan pemeliharaan simpanan domestik dan memantau keadaan iklim.
Data pemerintah menunjukkan jumlah petani daripada semua sektor tambahan merosot dari sekitar 35 juta pada 2003 kepada 28 juta pada 2023.
Dengan 17 peratus isi rumah petani memiliki kurang daripada 0.5 hektar tanah – dan 15 juta petani memberi tumpuan kepada tanaman makanan, khususnya beras – para pakar berkata Indonesia perlu mempertingkatkan kebajikan para petani sekiranya mahu memastikan bekalan makanan yang mampan bagi penduduknya seramai 280 juta orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.