David Beckham terima anugerah kebesaran, kini bergelar 'Sir'
Legenda bola sepak England, David Beckham dikurniakan gelaran kebesaran oleh Raja Charles, dengan membawa gelaran 'Sir'.
Anggaran Waktu Membaca:
ENGLAND: Legenda bola sepak England, David Beckham dikurniakan gelaran kebesaran oleh Raja Charles, dengan membawa gelaran 'Sir'.
Bekas bintang Manchester United berusia 50 tahun itu dikurniakan Darjah Kesatria (Knighthood) dalam majlis yang berlangsung di Istana Windsor, sebagai penghargaan atas sumbangannya dalam bidang sukan dan kerja-kerja kebajikan, lapor Astro Awani.
Encik Beckham yang juga peminat setia institusi diraja Britain ditemani oleh isterinya, yang kini dikenali sebagai Lady Victoria, serta ibu bapanya, Ted dan Sandra.
Beliau tampil dengan sut berona kelabu yang direka oleh isterinya, Victoria Beckham, yang juga pereka fesyen dan mantan anggota kumpulan pop terkenal, Spice Girls.
Sementara itu, memetik media antarabangsa, Encik Beckham menzahirkan rasa bangga dengan anugerah tersebut, dan menggambarkan rasa cintanya terhadap negara.
"Saya sentiasa berkata betapa pentingnya institusi diraja kepada keluarga saya.
"Saya cukup bertuah kerana telah mengembara ke seluruh dunia dan semua orang hanya mahu bercakap tentang institusi diraja kami. Ia membuatkan saya bangga," katanya memetik laporan BBC, seperti yang dilaporkan Astro Awani.
Encik Beckham pernah mewakili England dalam 115 perlawanan, selain bermain untuk Manchester United, Real Madrid, LA Galaxy, Paris St-Germain dan AC Milan sebelum bersara pada 2013.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak penganjuran Sukan Olimpik London 2012 dan menjadi duta UNICEF sejak 2005.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.