'Datuk Roy' direman 3 hari bantu siasatan kes rasuah Jana Wibawa
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ direman tiga hari bermula Selasa (14 Mac) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa.
Peguam Fahmi Abd Moin, yang mewakili lelaki itu, berkata perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
"Siasatan adalah mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu menerima rasuah," kata peguam itu.
Menurut Encik Fahmi, anak guamnya menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang sebelum ditahan pada pukul 3.00 petang Isnin (13 Mac).
'Datuk Roy', 54 tahun, yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga tiba di mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi dengan diiringi beberapa pegawai SPRM.
Menurut SPRM dalam kenyataan semalam, pihaknya sedang mengesan 'Datuk Roy' yang mempunyai alamat terakhir di Kuantan, Pahang.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.