Skip to main content

Dunia

Datuk rogol cucu 10 tahun di M'sia

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol datuknya sendiri sejak Januari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk rogol cucu 10 tahun di M'sia

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2019 09:38AM Dikemas Kini : 19 Oct 2019 09:42AM

LUNDU: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol datuknya sendiri sejak Januari lalu.

Bagaimanapun BH Online melaporkan, penderitaan kanak-kanak itu berakhir selepas datuknya yang berusia 71 tahun ditahan di rumah mereka, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lundu, Inspektor Kumbat Tan, berkata perbuatan itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian dirogol suspek kepada gurunya, menurut BH Online.

“Selepas itu, guru terbabit memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa yang berusia 35 tahun. Ibu mangsa kemudian membuat aduan polis.

“Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak Januari lalu dan kali terakhir pada September,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Inspektor Kumbat berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram,” katanya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita