Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Datuk remaja dimandikan seperti jenazah minta jawatankuasa masjid buat aduan polis terhadap cucunya

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk remaja dimandikan seperti jenazah minta jawatankuasa masjid buat aduan polis terhadap cucunya

Daniel Iskandar, 19 tahun, yang memakai baju T berwarna biru selepas dia mengaku bersalahpada 13 Jan 2022 kerana cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Jan 2022 09:45PM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 09:47PM

SHAH ALAM: Insiden remaja yang dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabung masjid menjadi perdebatan ramai selepas jemaah masjid turut dikecam kerana bertindak kasar ketika memandikan tertuduh.

Walau bagaimanapun, remaja berusia 19 tahun itu sudah ditahan dan mahkamah majistret sudahpun menjatuhkan hukuman penjara 10 hari serta denda sebanyak RM4,000(S$1,300).

Tindakan tersebut bagaimanapun membuatkan banyak pihak ‘lembut hati’ setelah pihak peguam memaklumkan bahawa remaja itu mencuri tabung masjid untuk membeli ubat datuknya yang sakit.

Dari situ, ramai yang mengecam jemaah masjid kerana melakukan kekerasan sewaktu memandikan tertuduh dan pelbagai lagi tuduhan dilemparkan terhadap insititusi masjid berkenaan.

BACA: Remaja curi, sorokkan tabung masjid dipenjara 10 hari, didenda RM4,000


Namun begitu, ‘plot twist’ berlaku apabila ada pihak mendakwa remaja berkenaan memang bermasalah dan pernah bertindak menyerang datuknya dengan parang.

Malaysia Gazette turut bertemu sendiri dengan datuk kepada Daniel Iskandar untuk mendapatkan penjelasan.

Menurut warga emas berusia sekitar 70-an tahun itu, dia sendiri yang meminta Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) Masjid Al Islahiah membuat aduan terhadap cucunya sebagai pengajaran.

Tambah warga emas itu lagi, Daniel sememangnya bermasalah kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia juga beberapa kali mencuri di rumah dan tindakan membiarkan remaja itu ditahan adalah supaya dia tidak melakukan perkara sama terhadap orang lain.

Selain itu, Malaysia Gazette turut mendapatkan penjelasan daripada Nazir Masjid Al Islahiah. Menurut lelaki itu, datuk kepada Daniel sering sahaja mendapat bantuan daripada pihak masjid dan bukanlah seperti yang didakwa tertuduh semasa di mahkamah tempoh hari.

BACA: Jemaah mandikan pencuri tabung derma masjid seperti jenazah

Dia juga memaklumkan tindakan memandikan remaja itu seperti jenazah disebabkan tertuduh berada dalam keadaan khayal sewaktu ditahan.

Awal dari itu, video seorang remaja dimandikan seperti jenazah tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai maklum balas.

Ada antara mereka mengecam tindakan imam dan masjid kerana melakukan perbuatan kasar terhadap tertuduh walaupun dia melakukan kesalahan.

Walau bagaimanapun, remaja berkenaan dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000(S$1,300) selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah, Kuang.

Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa