Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Datuk K dijangka beri keterangan kes rasuah Ahmad Zahid

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk K dijangka beri keterangan kes rasuah Ahmad Zahid

Encik Khalid Mohamad Jiwa, iaitu suami penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nurhaliza Tarudin (kiri). (Gambar: Sinar Harian)

KUALA LUMPUR: Suami penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Khalid Mohamad Jiwa hadir di Mahkamah Tinggi pada jam 8.46 pagi Isnin (21 Ogos).

Beliau dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan bagi pihak Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Encik Khalid yang lebih dikenali sebagai Datuk K, hadir dengan memakai kot berwarna hitam bersama seorang lagi individu, dipetik daripada Sinar Harian.

Menurut Sinar Harian, Encik Ahmad Zahid, 70 tahun, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan