Datuk ini cipta permainan kreatif beri duit Raya kepada cucu
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan skrin dari TikTok/@dinsperabot.
MALAYSIA: Hari Raya adalah waktu yang istimewa untuk berkumpul bersama keluarga dan mengerat talian silaturrahim.
Apabila sebut sahaja Hari Raya, pasti ramai juga yang mengaitkannya dengan pemberian duit Raya atau 'duit collection'.
Baru-baru ini tular di media sosial, suasana kemeriahan sebuah keluarga yang menggunakan cara kreatif untuk memberi duit Raya.
Menerusi video yang dikongsi di TikTok @dinsperabot, seorang datuk kelihatan meminta setiap cucunya untuk memusingkan roda 'cabutan bertuah' demi mendapat duit Raya.
Lebih menarik lagi, jumlah duit raya yang diberikan bukanlah sedikit.
Nilai paling rendah malah sebanyak RM50 (S$15) dan tertinggi sebanyak RM500 (S$150).

"Duit Raya untuk cucu-cucu, hiburan keluarga di Hari Raya," menurut kapsyen catatan itu.
Selain itu, pada roda putaran itu turut tertera hadiah misteri di mana cucu-cucunya berpeluang menerima hadiah lumayan jika pusingan mereka 'terkena' hadiah misteri itu.
Menerusi perkongsian video tersebut, lebih daripada empat orang cucu warga emas berkenaan kelihatan gembira dan teruja bermain permainan itu.
Malah, salah seorang daripadanya berjaya memenangi hadiah misteri yang berupa wang tunai sebanyak RM400 (S$120).

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.