Skip to main content

Dunia

Datuk enam cucu dari Mesir diiktiraf pemain bola sepak profesional tertua di dunia

Seorang datuk dari Mesir, Ezzeldin Bahader diiktiraf sebagai pemain bola sepak profesional tertua di dunia selepas beraksi dalam perlawanan penuh yang kedua hanya beberapa hari sebelum ulang tahunnya yang ke-75.

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk enam cucu dari Mesir diiktiraf pemain bola sepak profesional tertua di dunia

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 19 Oct 2020 10:15AM Dikemas Kini : 19 Oct 2020 10:19AM

KAHERAH: Seorang datuk dari Mesir, Ezzeldin Bahader diiktiraf sebagai pemain bola sepak profesional tertua di dunia selepas beraksi dalam perlawanan penuh yang kedua hanya beberapa hari sebelum ulang tahunnya yang ke-75.

Bahader diiktiraf dengan gelaran itu oleh Rekod Dunia Guinness pada Sabtu malam (17 Okt) selepas terlepas tendangan penalti sedang pasukannya, 6th October, tewas 3-2 kepada kelab El Ayat Sports dalam perlawanan diviysen ketiga di Mesir.

Bekas pemain amatur itu, yang berusia 75 tahun pada 3 Nov, menjaringkan gol dari petak penalti dalam perlawanannya yang pertama pada Mac. Beliau merancang untuk beraksi dalam perlawanan penuh kedua selama 90 minit pada bulan yang sama bagi mencipta rekod, namun penggantungan kegiatan sukan untuk membendung penularan virus korona menghambat rancangannya.

Encik Bahader sebelum ini memberitahu pihak media beliau berusia 75 tahun, yang menurutnya "dibundarkan". Kehadiran Bahader dalam pasukan itu membuka pintu untuk pasukan 6th October mendapat penaja dan publisiti, katanya.

Beberapa orang cucu Encik Bahader yang berjumlah enam kesemuanya, menghadiri perlawanan bola sepak pada Sabtu dan memberi sorakan "Ayuh, Datuk" dari tepi padang.

"Saya mengimpikan dapat memecahkan rekod saya sekali lagi, hanya untuk menjadikan saingan lebih sengit sedikit," kata Bahader meskipun sekarang beliau sudah tamat kontraknya.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh warga Israel Isaak Hayik berusia 73 tahun.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita