Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Datuk diberkas gara-gara benarkan cucu 5 tahun pandu kenderaan di tempat letak kereta di Hong Kong

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk diberkas gara-gara benarkan cucu 5 tahun pandu kenderaan di tempat letak kereta di Hong Kong

Gambar: South China Morning Post

HONG KONG: Seorang lelaki warga Hong Kong yang berusia 71 tahun diberkas kerana disyaki membiarkan cucunya yang berusia 5 tahun mengemudi sebuah kenderaan muatan ringan sambil duduk di atas ribanya. 

Rakaman video yang memaparkan insiden itu sudah mulaa tular. 

Pemberkasan itu dibuat pada Selasa (1 Ogos), selang beberapa jam selepas insiden berkenaan berlaku di tempat letak kereta Belvedere Garden, sebuah estet perumahan privet di Tsuen Wan, menurut sumber yang mengetahui kes tersebut. 

"Sedang van penghantaran berwarna putih itu mengelilingi tempat letak kereta itu dengan perlahan, lelaki warga emas berkenaan dituduh membiarkan cucu lelakinya mengemudi kenderaan tersebut," dedah sumber tersebut pada Rabu. 

Lelaki itu diberkas kerana dipercayai memandu secara berbahaya, iaitu satu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda HK$25,000 (S$4,300). 

Rakaman video berkenaan, yang dimuat naik ke sebuah kumpulan Facebook, menunjukkan kanak-kanak itu mengawal stereng semasa membelok ke kanan, dengan kenderaan itu bergerak ke hadapan selama 10 saat lagi sebelum berhenti di tempat letak kereta.

Lelaki yang diberkas itu dibebaskan dengan ikat jamin dan perlu melaporkan diri kepada pihak polis pada awal September.
 

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan