Skip to main content

Dunia

Datuk bandar Seoul bunuh diri selepas dakwaan gangguan seksual

 Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon,yang disebut-sebut sebagai berpotensi menjadi calon Presiden Korea Selatan, membunuh diri sehari selepas dituduh melakukan gangguan seksual, kata pihak berkuasa pada Jumaat (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk bandar Seoul bunuh diri selepas dakwaan gangguan seksual

(Gambar: AFP/Ed JONES)

Diterbitkan : 10 Jul 2020 06:06PM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 06:11PM

SEOUL: Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon, yang disebut-sebut sebagai berpotensi menjadi calon Presiden Korea Selatan, membunuh diri sehari selepas dituduh melakukan gangguan seksual, kata pihak berkuasa pada Jumaat (10 Jul).

Mayat bekas peguam hak asasi manusia itu ditemui di sebuah gunung di utara Seoul selepas pencarian dilakukan ratusan pegawai.

Kematiannya itu menjadikan Park, 64 tahun, anggota politik berprofil paling tinggi terbabit dalam kes gangguan seksual.

Pihak berkuasa bandar itu mengeluarkannota bunuh diri yang ditinggalkan Park di kediaman rasminya yang mengandungi kenyataan mohon maaf.

Park adalah antara pemimpin kanan dalam parti Demokratik, yang telah mentadbir Seoul sejak hampir 10 tahun lalu.

Beliau menang tiga pilihan raya, berkempen menggalak kesamarataan sosial dan jantina.

Park juga tidak menafikan matlamat politiknya untuk menggantikan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in pada 2022.

Sehari sebelum penemuan mayat Park, bekas setiausahanya membuat laporan polis dengan dakwaan membabitkan gangguan seksual terhadapnya.

Menurut dokumen yang didakwa mengandungi kenyataan mangsa Park, wanita itu yang bekerja sebagai setiausaha peribadanya sejak 2015 mendakwa Park melakukan "gangguan seksual dan melakukan gerak isyarat tidak senonoh" semasa waktu kerja.

Ia termasuk memaksa wanita itu memeluknya di dalam bilik tidur terletak bersebelahan pejabat Park.

Selepas waktu kerja, Park dikatakan akan menghantar mangsa "selfie dirinya hanya memakai seluar dalam dan komen tidak senonoh" menerusi app pesanan.

Polis mengesahkan aduan dibuat namun enggan memberikan butirannya. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita