Skip to main content

Dunia

Datuk Bandar beragama Islam didakwa dilarang hadiri majlis Aidilfitri Rumah Putih

Anggaran Waktu Membaca:
Datuk Bandar beragama Islam didakwa dilarang hadiri majlis Aidilfitri Rumah Putih

Gambar: Youtube

Diterbitkan : 02 May 2023 05:24PM Dikemas Kini : 02 May 2023 05:35PM
WASHINGTON: Seorang datuk bandar beragama Islam didakwa dihalang daripada menyertai sambutan Aidilfitri Rumah Putih yang turut dihadiri Presiden Joe Biden, pada Isnin (1 Mei), lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Majlis Perhubungan Amerika-Islam di New Jersey (CAIR-NJ) menyelar tindakan unit khidmat perisikan Amerika Syarikat terhadap Datuk Bandar Mohamed T. Khairullah yang sudah lama berkhidmat di New Jersey.

Menurut CAIR-NJ, Rumah Putih hanya memaklumkan beliau tidak dibenarkan masuk sejurus sebelum majlis bermula. 

Pengarah Eksekutif CAIR-NJ Selaedin Maksut dalam satu kenyataan berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan tidak boleh diterima.

“Kami meminta Rumah Putih supaya mengetepikan keputusan itu dan menjemput semua Datuk Bandar, membatalkan senarai pantau dan mengemukakan permohonan maaf kepada Datuk Bandar," kata Encik Maksut.

Jurucakap perkhidmatan itu, Anthony Guglielmi dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa KEncik hairullah tidak dibenarkan masuk ke Rumah Putih untuk turut menghadiri majlis berkenaan.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita