Skip to main content

Dunia

Data perakam suara kokpit pesawat terhempas di Elmina berjaya diekstrak di makmal AS

Anggaran Waktu Membaca:
Data perakam suara kokpit pesawat terhempas di Elmina berjaya diekstrak di makmal AS

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 29 Aug 2023 05:42PM
PUTRAJAYA: Data perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu berjaya diekstrak di makmal Florida, Amerika Syarikat, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.

Beliau berkata data tersebut diesktrak Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dengan bantuan pihak makmal pengilang peralatan asal (OEM) CVR iaitu L3Harris apabila data suara daripada perakam itu berjaya diperoleh semula.

“Data tersebut berjaya dimuat turun. Jadi semua rakaman suara dalam pesawat itu, terutama 30 minit terakhir termasuk sehingga nahas berlaku, berjaya dimuat turun,” katanya dalam sidang media pada Selasa (29 Ogos).

Encik Loke berkata rakaman audio tersebut telah dihantar kepada pasukan siasatan di Malaysia untuk dianalisa dan laporan awal dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Jadi semua rakaman suara tersebut daripada dua juruterbang itu akan dianalisis sebaik mungkin, dan juga apa yang berlaku dalam kokpit dapat dijadikan bahan siasatan untuk mengenal pasti apakah punca berlakunya nahas terbabit,” katanya.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita