Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Data pelanggan Shopify mungkin terdedah; pekerja cuba curi rekod urus niaga

Maklumat para pelanggan yang berbelanja di lebih kurang 200 kedai yang disenaraikan dalam wadah e-niaga syarikat Shopify mungkin terdedah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Data pelanggan Shopify mungkin terdedah; pekerja cuba curi rekod urus niaga

Seorang pekerja bertugas di ibu pejabat Shopify di Ottawa. (Gambar: REUUTERS)

Diterbitkan : 23 Sep 2020 12:21PM Dikemas Kini : 23 Sep 2020 12:22PM

REUTERS: Maklumat para pelanggan yang berbelanja di lebih kurang 200 kedai yang disenaraikan dalam wadah e-niaga syarikat Shopify mungkin terdedah.

Ini setelah dua pekerja Shopify didapati cuba mencuri rekod urus niaga.

Data yang terdedah termasuk nama, emel dan alamat rumah para pelanggan serta butiran tempahan mereka.

Menurut syarikat yang berpangkalan di Kanada itu, nombor kad yang digunakan untuk membuat bayaran dan maklumat kewangan penuh para pelanggan tidak terjejas.

Shopify sudahpun membatalkan dengan serta-merta akses kedua-dua pekerja itu kepada rangkaiannya.

Syarikat tersebut juga sedang bekerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan agensi-agensi antarabangsa yang lain berhubung insiden tersebut.

Lebih sejuta perniagaan dari sekurang-kurangnya 175 negara diuruskan melalui wadah Shopify. 

Sumber : Reuters/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan