Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Data baru dapati dos penggalak AstraZeneca jana lebih banyak antibodi terhadap Omicron

Anggaran Waktu Membaca:
Data baru dapati dos penggalak AstraZeneca jana lebih banyak antibodi terhadap Omicron

Gambar: AFP

Diterbitkan : 13 Jan 2022 07:03PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 07:03PM

OXFORD: Data awal daripada ujian yang dikendalikan AstraZeneca ke atas suntikan vaksin COVID-19, Vaxzevria, menunjukkan ia boleh mencetuskan tindak balas antibodi yang lebih tinggi terhadap varian Omicron dan varian-varian lain, termasuk Beta, Delta, Alpha dan Gamma, apabila diberikan sebagai dos penggalak. 

Demikian menurut AstraZeneca hari ini (13 Jan). 

Tindak balas yang lebih tinggi itu dilihat dalam kalangan mereka yang sudah divaksin dengan vaksin Vaxzevria ataupun mRNA, menurut mencipta ubat tersebut, sambil menambah bahawa mereka akan menyerahkan dapatan itu kepada para penyelia sedunia, memandangkan keperluan yang mendesak bagi dos-dos penggalak. 

AstraZeneca membangunkan vaksin tersebut bersama para pengkaji daripada Universiti Oxford dan kajian makmal pada bulan lalu mendapati rejim tiga dos Vaxzevria berkesan terhadap varian baru yang pantas menular itu. 

Data itu didedahkan buat pertama kali oleh syarikat tersebut daripada ujian-ujian dos penggalak vaksin tersebut.

Syarikat tersebut menyatakan ini memperkukuhkan lagi bukti sedia ada yang menyokong dos ketiga vaksin, tidak mengira jadual utama vaksinasi. 

"Kajian-kajian penting ini menunjukkan dos ketiga Vaxzevria selepas dua dos vaksin yang sama sebelum itu, ataupun selepas vaksin-vaksin mRNA atau yang tidak diaktifkan, memperkukuhkan lagi daya imun terhadap COVID-19," menurut Ketua Pasukan Vaksin Oxford Andrew Pollard dalam satu kenyataan. 

Satu ujian besar-besaran di Britain pada Disember menunjukkan bahawa suntikan AstraZeneca meningkatkan antibodi apabila disuntik sebagai dos penggalak selepas disuntik vaksin yang sama sebelum itu ataupun Pfizer, yang berdasarkan teknologi mRNA, sebelum itu. 

Namun, kajian tersebut menyimpulkan bahawa vaksin-vaksin mRNA yang dibangunkan Pfizer dan Moderna merangsang lebih banyak antibodi apabila diberikan sebagai dos penggalak.

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa