Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Data awal bayangkan 2 dos vaksin ciptaan Oxford-AstraZeneca rangsang respons imun lebih baik

Calon vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Universiti Oxford mempunyai tindak balas imun yang lebih baik apabila rejim dua dos penuh digunakan berbanding satu dos penuh yang disusuli oleh setengah dos perangsang, menurut universiti itu pada Khamis (17 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Data awal bayangkan 2 dos vaksin ciptaan Oxford-AstraZeneca rangsang respons imun lebih baik

Gambar hiasan tiub dengan label vaksin dan jenama AstraZeneca (REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 18 Dec 2020 11:36AM Dikemas Kini : 18 Dec 2020 11:39AM

LONDON: Calon vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Universiti Oxford mempunyai tindak balas imun yang lebih baik apabila rejim dua dos penuh digunakan berbanding satu dos penuh yang disusuli oleh setengah dos perangsang, menurut universiti itu pada Khamis (17 Dis) sambil merujuk kepada data daripada ujian awal.

Pencipta calon vaksin itu, yang dilesenkan kepada syarikat farmaseutikal AstraZeneca, sudahpun menerbitkan hasil ujian peringkat lanjut yang menunjukkan tahap keberkesanan yang lebih tinggi apabila setengah dos disusuli dengan dos penuh, berbanding dengan rejim dua dos penuh. Bagaimanapun, lebih banyak tugas diperlukan untuk mengesahkan hasil itu.

Maklumat terkini daripada ujian klinikal Fasa I dan 2 yang dikeluarkan pada Khamis tidak membuat sebarang rujukan kepada rejim dos separuh/penuh, yang menurut Oxford adalah sesuatu yang "tidak dirancang" tetapi diluluskan oleh para pengawal selia.

Meskipun pernah disifatkan sebagai peneraju utama bagi vaksin virus korona, pasukan dari Britain itu sudah dipintas oleh pengilang ubat Amerika Syarikat, Pfizer, yang suntikan vaksinnya sudahpun dilancarkan di Britain dan Amerika Syarikat pada awal bulan ini.

Data yang diterbitkan lebih awal dari ujian Fasa 3 menunjukkan tahap keberkesanan setinggi 62 peratus bagi peserta ujian yang diberikan dua dos penuh, namun 90 peratus untuk kumpulan-kumpulan yang lebih kecil yang diberikan separuh dos dan kemudian diikuti dos penuh.

Dalam kenyataannya pada Khamis, universiti itu menyatakan bahawa pihaknya sudah menimbangkan rejim dua dos dalam percubaan peringkat awal, rejim dos penuh/dos penuh dan rejim dos penuh/separuh dos, ditinjau sebagai strategi "penjimat dos".

"Dos perangsang vaksin menunjukkan tindak balas antibodi yang lebih kuat berbanding satu dos, dengan dos standard/dos standard mencetuskan tindak balas terbaik," menurut universiti itu dalam kenyataannya.

Vaksin tersebut "merangsang antibodi luas dan fungsi sel T," katanya lagi.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan