Data 57 juta pengguna Uber dicuri penggodam, dedah CEO
Para penggodam mencuri data peribadi 57 juta penumpang dan pemandu Uber dalam insiden pada 2016, menurut Uber semalam (21 Nov).
SAN FRANCISCO: Para penggodam mencuri data peribadi 57 juta penumpang dan pemandu Uber dalam insiden pada 2016, menurut Uber semalam (21 Nov).
"Ini tidak sepatutnya berlaku dan saya tidak akan membuat sebarang alasan," kata ketua eksekutif Dara Khosrowshahi dalam satu kenyataan.
"Meskipun tiada aduan penipuan atau penyalahgunaan maklumat berkaitan insiden ini dilaporkan, kami sedang memantau akaun-akaun yang terjejas dan memberikannya perlindungan tambahan."
Dua anggota pasukan keselamatan maklumat Uber yang "menerajui respons", termasuk tidak memberikan amaran kepada pengguna bahawa data peribadi mereka dicerobohi sudah dipecat oleh syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu semalam (21 Nov), menurut Khosrowshahi.
Ketua Uber itu turut mengatakan beliau hanya dimaklumkan baru-baru ini bahawa ‘orang luar’ mencerobohi server pengkomputeran awan yang digunakan oleh syarikat itu ataupun data dan memuat turun jumlah maklumat "yang banyak".
Fail-fail yang dicuri termasuk nama, alamat emel, nombor telefon bimbit penumpang, nama dan maklumat lesen memandu sekitar 600,000 pemandu, dedah Uber.
Uber membayar penggodam AS$100,000 (S$135,000) untuk menghapuskan data tersebut, tidak memberitahu penumpang atau pemandu bahawa maklumat mereka sudah dicerobohi, menurut sumber yang mengetahui situasi itu.
Pengasas bersama dan ketua yang digugurkan jawatannya Travis Kalanick dimaklumkan mengenai pencerobohan tersebut sejurus selepas insiden itu terbongkar tetapi tidak mendedahkannya kepada orang ramai sehingga ketua baru Uber Khosrowshahi mendapat tahu mengenainya.
"Anda mungkin bertanya mengapa kami hanya berbincang perkara ini sekarang, setahun kemudian," kata Khosrowshahi.
"Saya juga mempunyai soalan yang sama, dengan itu saya mengarahkan siasatan yang menyeluruh dijalankan mengenai apa yang berlaku dan bagaimana kami mengendalikannya."
Beliau mengatakan bahawa apa yang dipelajari mengenai kegagalan syarikatnya untuk memberitahu pengguna atau pihak berkuasa mendorong tindakan pembetulan diambil.
Para penggodam mencuri 57 juta nama, alamat emel dan nombor telefon bimbit, menurut Uber.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.