Dasar 'America First' Trump akan beri kesan kepada perdagangan global di Asia, kata penganalisis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Brandon Bell/Getty Images via AFP)
WASHINGTON: Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada Rabu (6 Nov) dijangka akan mempunyai implikasi jauh di luar kuasa besar dunia itu.
Di Asia, negara-negara yang mempunyai defisit perdagangan yang besar dengan Amerika - seperti Malaysia dan Vietnam - boleh menjangkakan layanan yang berbeza kali ini, berbanding dengan penggal pertama Encik Trump sebagai presiden antara 2017 dan 2021, kata para penganalisis kepada Mediacorp.
"Apa yang anda akan lihat ialah dasar 'America First' (Utamakan Amerika) yang akan menjadi lebih ketara berbanding kali terakhir, jauh lebih berkuasa," kata Steven Okun, penasihat kanan perundingan hal ehwal awam APAC Advisors.
“Para individu yang akan berada dalam pentadbirannya kali ini … akan menjadi orang yang percaya bahawa Amerika lebih hebat apabila ia bekerja sendirian.”
Agenda "Utamakan Amerika" melibatkan penggunaan tarif punitif ke atas produk-produk tertentu seperti keluli dan aluminium, dan lebih menyeluruh - terutamanya China - pada skala yang tidak pernah dilihat dalam tempoh selama beberapa dekad.
Semasa berkempen, Encik Trump berikrar akan mengenakan tarif menyeluruh sehingga 20 peratus ke atas import dari semua negara.
Beliau juga menyarankan tarif ke atas import China melebihi 60 peratus dan menamatkan status perdagangan negara paling digemari China.
Kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu terlibat dalam perang perdagangan sejak 2018, semasa penggal pertama Encik Trump.
BAGAIMANA TARIF BOLEH MENJEJAS ASIA
Sekutu-sekutu Amerika di rantau ini - terutamanya Jepun, Korea Selatan dan Filipina - akan memerhatikan kesan tarif Amerika ke atas jiran dan rakan dagang terbesar mereka China, kata saintis politik Chong Ja Ian dari Universiti Nasional Singapura (NUS).
Beliau menambah bahawa Encik Trump, yang telah menunjukkan keraguan terhadap institusi dan undang-undang antarabangsa, juga boleh memberi tekanan kepada pertubuhan-pertubuhan perdagangan yang akan membawa kesan kepada Asia.
Alex Holmes, pengarah serantau Asia Pasifik di Economist Intelligence, menarik perhatian bahawa kebanyakan pasaran dan penggubal dasar bekerja di bawah andaian bahawa Encik Trump tidak akan mengenakan tarif penuh yang dikemukakannya.
Bagaimanapun, dengan rekod prestasi Encik Trump yang sukar untuk diramal, beliau menambah bahawa negara-negara Asia boleh menjangkakan kejutan tarif dan memikirkan cara-cara untuk mengurangkan kesannya.
“Jelas sekali, Asia sangat bergantung kepada perdagangan global … Selain China … Singapura (sangat) terdedah … dan Malaysia dan Vietnam, antara lain,” kata Encik Holmes kepada rancangan Asia First terbitan CNA.
Terdapat juga kebimbangan bahawa sikap Encik Trump terhadap China boleh bermakna bahawa negara-negara dan syarikat-syarikat perniagaan dengan pelaburan China yang besar juga boleh menerima layanan yang sama dan tetap menghadapi sekatan perdagangan.
Ini berlaku di tengah-tengah kebimbangan bahawa produk China mungkin dialihkan melalui negara lain di rantau ini untuk mengelakkan levi Amerika yang lebih tinggi.
Vietnam, sebagai contoh, mendapati dirinya berada di tengah-tengah pemindahan haram oleh syarikat-syarikat yang mengelakkan tarif Encik Trump pada 2019 dengan melabelkan "Buatan Vietnam" pada barangan China.
Secara berasingan, Vietnam telah dituduh "memanipulasi mata wang" oleh pentadbiran Encik Trump pada tahun 2020.
Ini berpunca daripada kesimpulan yang dibuat oleh Wakil Perdagangan Amerika bahawa Vietnam sengaja menurunkan nilai mata wangnya untuk mencapai kelebihan ekonomi, yang menyumbang kepada ketidakseimbangan perdagangan dengan Amerika dan negara-negara lain.
Amerika mengalami defisit perdagangan hampir AS$70 bilion (S$92 bilion) dengan Vietnam menjelang akhir penggal pertama Encik Trump.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.